Wednesday, September 7, 2011

hari raya dan aku..

selama 27 tahun aku dapat beraya bersama keluarga, tapi tahun ni aku beraya seorang jauh diperantauan, sebagai petugas pasukan keselamatan aku terimakenyataan ini dengan hati terbuka,apapun jika aku pulang nanti, kita sudah 2 minggu beraya, bagi yang tinggal di kota raya, raya adalah sebulan, tapi bagi orang kampung beraya setakat seminggu aje, jadi bila aku pulang nanti, yang ada hanyalah serdak-serdak dan saki baki kuih raya.
tinggal beberapa hari lagi tugas aku disini(xnak mention dimana) hati aku yang suram kembali berbunga, tak sabar bertemu dengan anak dan isteri, sesungguhnya aku perlu banyak berterima kasih pada isteriku yang terpaksa melakukan 2 tugas iaitu sebagai ayah dan ibu bagi anak perempuanku, setinggi-tinggi tahniah buatnya kerana berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik sekali.