Friday, September 17, 2010

*** HINGGA KE HEMBUSAN NAFAS YG TERAKHIR ***

Di keheningan pagi raya, kelihatan seorang lelaki sedang membongkok
membersihkan sebuah kubur yang kelihatan agak lama. Walaupun kelihatan
agak usang, kubur tersebut bersih dan terjaga rapi. Tanpa menghiraukan
sesiapa, lelaki itu terus sibuk sambil tangannya yang kasar pantas
mencabut rumput-rumput liar yang tumbuh di sekitar kubur tersebut.

Setitik
demi setitik air mata suam kelihatan menitis mengalir turun menuruni
pipinya. Setelah selesai kubur tersebut dibersihkan, lelaki tersebut
duduk bersila sambil membaca Yasin dan doa dipanjatkan. Selesai membaca
Yasin, dicapainya bekas air berisi rendaman bunga mawar lalu dicurahkan
ke atas batu nisan sambil tangannya menyapu-nyapu bersih batu nisan
tersebut. “Zura, Selamat Hari Raya sayang. Abang datang lagi hari ni,
macam biasa. Abang masih lagi sayangkan Zura dan abang akan sayangkan
Zura hingga ke akhir hayat abang” lelaki tersebut tiba-tiba bersuara,
sayu. Lelaki tersebut menarik nafas panjang. Matanya yang berair itu
memandang ke arah batu nisan di kuburan itu dengan pandangan yang
kosong.

Fikiran beliau mengimbau ke suatu masa sepuluh tahun yang lepas.
zwani.com myspace graphic comments
Twitter Background
Sepuluh tahun lalu....

Tangan
Zack menggenggam erat tangan Azura bagaikan tidak akan dilepaskannya.
Keadaan Terminal Bas Putra yang penuh sesak dengan orang dan dalam
keadaan tolak- menolak itu bagaikan tidak dapat menguraikan pasangan
kekasih itu. Mata Zack merenung tajam ke mata Azura. “Abang, kenapa
pandang Zura macam tu?” Zack hanya tersenyum. “Abang rasa berat hati
untuk lepaskan Zura. Terasa macam abang tak akan dapat jumpa Zura lagi”
jawab Zack.

“Jangan cakap macam tu, Zura balik kampung sekejap aje. Hari raya ke-5, Zura
balik semula ke KL. Abang jangan risau la.”

Zack hanya tersenyum sahaja mendengar jawapan kekasihnya. Tangannya makin
erat menggenggam tangan Azura.

“Tapi, abang janji, jangan lupakan Zura tau.” Azura berkata pada Zack sambil
tersenyum.

“Abang
janji sayang.” jawab Zack sambil tangannya makin erat menggenggam
tangan Azura. Tiba-tiba kedengaran suara dari pembesar suara mengumumkan
ketibaan bas memasuki terminal. Zack segera memimpin tangan Azura
menuju ke bas yang berhenti di hadapan sekali sambil tangannya yang
sebelah lagi menjinjing beg pakaian Azura. Tertera pada tingkap bas
tersebut ‘No. 5 KL-KB’. Zack membaca pada tiket di tangannya. Memang sah
inilah bas yang perlu Azura naiki. Kaki Zack melangkah naik ke tangga
bas sambil memandu Azura menuju ke tempat duduk. Kelihatan seorang
perempuan tua sedang duduk bersebelahan dengan tempat duduk Azura. Zack
tersenyum lega.

“Nasib baik makcik ni yang duduk sebelah
awek aku, kalau lelaki, kenalah aku ikut Zura balik sekali,” bisik hati
Zack. Zack segera memberi salam pada perempuan tua tersebut.

“Makcik,
ni awek saya, Zura. Dia duduk sebelah makcik. Mintak makcik tolong
tengok- tengokkan dia ye” sapa Zack. Azura dengan segera menghulurkan
tangan pada makcik itu sambil memperkenalkan diri.

“Eloklah
tu nak. Sekurang-kurangnya ada juga teman makcik berbual. Sila duduk
nak,” jawab makcik tersebut sambil tersenyum. Setelah meletakkan beg
Azura, Zack segera turun dari bas sambil diekori oleh Azura dari
belakang. “Zura, bas dah nak bergerak. Abangpun tak boleh lama di sini.
Bila Zura sampai kampung nanti, kirim salam abang pada mak dan ayah
Zura. Jangan lupa pada adik Zura juga tau,” pesan Zack.

“Baiklah
abang. Abangpun sama tau, kirim salam sayang Zura pada mak dan ayah
abang,” jawab Azura kembali. Enjin bas tiba-tiba dihidupkan. Azura
memandang ke arah Zack. Dengan cepat Azura memegang dan terus mencium
tangan Zack. “Abang, Zura pergi dulu ye. Ingat pesan Zura tadi. Jangan
lupakan Zura ye. Zura sayangkan abang.” Kata Azura sambil tersenyum.
Zack hanya memandang ke arah Azura. Tangan Azura digengam erat.
Perlahan-lahan Zack melepaskan sebuah ciuman pada dahi Azura. Muka Azura
tiba-tiba menjadi merah. Azura tersipu-sipu malu. “ Zura, walau apapun
terjadi, abang tetap sayangkan Zura hingga ke akhir hayat abang. Zura
ingat kata-kata abang tu ye.” Azura hanya menganggukkan kepala sambil
linangan air mata bergenang di matanya. “Zura akan ingat abang sampai
bila-bila. Zura pergi dulu bang. Janji jangan lupakan Zura ye” jawab
Azura sambil menarik tangannya dari tangan Zack yang bagaikan tidak mahu
melepaskan tangan Azura dan terus melangkah masuk ke dalam perut bas.
Pintu bas ditutup sambil bas tersebut bergerak perlahan-lahan keluar
dari terminal sambil diperhatikan oleh Zack hingga hilang dari pandangan
mata. Zack berdiri tegak bagaikan mengelamun. “Kenapa hatiku bagaikan
ada sesuatu yang tak kena?” bisik hatinya sambil kakinya melangkah pergi
ke ruang letak motorsikal. Setelah mengenakan topi keledar, Zack terus
menunggang motorsikalnya keluar dari Terminal Bas Putra menuju ke rumah.
Keadaan ibukota malam itu bagaikan pesta dengan lampu berkilauan di kiri
kanan jalan.

Tapi hati Zack direnggut risau mengenang apa yang tak pasti.
zwani.com myspace graphic comments
Free Twitter Backgrounds
Di
rumah Zack, lampu pelita bergemerlapan menanti ketibaan Aidilfitri.
Zack pula berehat di luar rumah setelah penat membantu ibubapanya
menyiapkan persiapan hari raya. Kelihatan kanak-kanak bising sambil
bermain bunga api. Zack hanya memandang dengan pandangan kosong.
Keriuhan kanak-kanak langsung tidak menarik perhatiannya. Hatinya yang
tadi penuh kerisauan mula berdebar-debar bagai ada sesuatu yang akan
berlaku. Zack bangun dan terus masuk ke rumah menuju ke biliknya. Tanpa
berlengah, dia ke bilik air mengambil wuduk. Sejadah di bentangkan dan
Zack terus menunaikan solat sunat sebelum masuk tidur. Namun Zack tidak
boleh tidur.

Fikirannya melayang memikirkan Azura sahaja.
Walaupun matanya tak mahu pejam, dipaksakan juga hingga terlelap. Pagi
esoknya, Zack terbangun setelah azan Subuh berkemumandang. Setelah
menunaikan solat Subuh, Zack ke dapur membantu ibunya menyiapkan juadah
untuk hari raya. Setelah itu, dia bersama-sama ayahnya ke masjid
menunaikan solat sunat Aidilfitri. Di rumah, setelah menjamu selera dan
bermaaf- maafan, Zack termenung sambil merenung ke luar rumah melihat
kanak-kanak gembira berhari raya. Tiba-tiba telefon bimbit Zack
berbunyi. Zack mengambil telefonnya dan merenung ke arah telefonnya.

“Panggilan jauh. Dari Kelantan.” Bisik Zack. “Hello. Assalamualaikum” jawab
Zack.

“Waalaikumsalam.
Abang Zack ye?” balas pemanggil itu. “Ini adik Zura, Mira,” pemanggil
memperkenalkan diri dalam nada yang tersekat-sekat. “Abang Zack, Mira
minta maaf mengganggu, tapi Mira nak beritahu Abang Zack, yang kak Zura
dah tiada… … Bas kak Zura kemalangan malam tadi masa baru sampai ke Kota
Bharu.” Kata Mira dengan nada yang tersedu-sedu. “Insyaallah, petang
selepas asar ni nak dikebumikan” sambung Mira singkat. Zack hanya
tersentak. Pandangannya kabur dan terus gelap. Kakinya bagaikan tak
dapat lagi nak menampung berat badannya. Dengan cepat Zack duduk di
sofa. Nafas Zack tersekat-sekat dan dadanya berombak kuat. Air matanya
mula berlinang menitis membasahi pipi. Telefon bimbitnya terlepas dari
tangan. “Astaghfirullahalazim. Ya Allah Ya Tuhanku,” hanya itu sahaja
suara yang keluar dari bibir Zack. Melihatkan keadaan Zack, ibu Zack
menerpa ke arah anak sulungnya. “Mak, Zura dah tak de, mak. Zura dah
meninggal. Kemalangan bas pagi tadi” beritahu Zack dengan suara
yang
tersekat-sekat.

Ibu Zack hanya dapat menarik nafas sambil
terduduk di sebelah anaknya. Tiada suara yang keluar dari bibirnya,
hanya air mata bercucuran membasahi pipi tuanya.“Mak, ayah, Zack minta
izin untuk pergi ke Kelantan, hari ini juga.” pinta Zack pada
ibubapanya.
“Baiklah Zack, kau bawa kereta ayah,” jawab ayah Zack

“Tak pelah ayah, Zack pergi dengan motor Zack. Zack lebih selesa,” jawab
Zack.

“Baiklah Zack. Tapi hati-hati,” pesan ayah Zack.

Mendengar
keizinan yang di beri, Zack segera berlari menuju ke biliknya untuk
bersiap. Motornya sudah gagah tersedia menunggu untuk ditunggang.
Motorsikal Yamaha RD 350 YPVS pemberian ayahnya itu banyak mengimbau
kenangan antaranya dengan Azura. Dengan sekali tendangan sahaja, enjin
motorsikal Zack mengaum garang dan terus meluncur keluar melalui pintu
pagar rumah sambil di perhatikan oleh ibubapa Zack. Perjalanan jauh
tidak menjadi masalah pada Zack kerana sebagai ahli kelab motor, beliau
banyak kali melakukan konvoi ke lokasi-lokasi yang jauh. Motorsikalnya
juga diselenggara dengan baik membuat perjalanan berjalan lancar. Tepat
jam 5 petang, Zack tiba di rumah Azura. Deruman enjin motorsikal Zack
menarik perhatian orang ramai yang berada di rumah Azura. Melihatkan
Zack datang, Mira segera meminta ayahnya membawa Zack masuk. Zack terus
menerpa ke arah ayah Azura sambil mencium tangan ayah Azura. Dengan
linangan air mata, ayah Azura memeluk Zack. “Zura dah tak ada Zack,”
kata ayah Zura. “Mari tengok dia,” ajak ayah Azura.

Perlahan-lahan
Zack melangkah menuju ke atas rumah Azura. Dari pintu rumah, kelihatan
sekujur tubuh ditutupi kain batik sambil dikelilingi orang-orang sambil
membaca Yasin. Kelihatan ibu Azura berteleku di sisi tubuh Azura sambil
teresak-esak. “Maknya, ini Zack. Tolong bukakan tutup muka Zura tu.”
Kata ayah Azura. Ibu Azura memandang ke arah Zack sambil linangan air
matanya makin mencurah-curah keluar. Tangannya perlahan-lahan membuka
kain batik yang menutupi muka Azura. Zack menanti dengan hati yang
berdebar-debar.

Setelah kain batik di selak, terserlahlah
wajah Azura, kekasihnya yang amat dicintainya. Walaupun rohnya sudah
tiada, wajah Azura tetap ayu, tetap cantik. Tanpa dapat ditahan, air
mata Zack berlinang keluar membasahi pipi dan juga lantai. Zack
membacakan Al- Fatihah dan doa untuk kekasih tercintanya. Keadaan
menjadi sepi. Kesayuan mula terasa pada yang hadir. Mira hanya dapat
menutup mukanya dengan telapak tangannya sambil teresak-esak.

Jenazah
Azura di alihkan ke dalam pengusung. Zack memegang kayu pengusung yang
di hadapan sekali. Perlahan-lahan pengusung dimasukkan ke dalam van
jenazah. Setelah van jenazah meninggalkan rumah menuju ke tanah
perkuburan, hujan mulai turun. Setelah selesai upacara pengkebumian,
Zack meminta izin dari ayah Azura untuk bertafakur seketika. Tinggallah
Zack seorang diri melutut di sisi kubur Azura. Hujan lebat membasahi
bumi tidak di hiraukan. Linangan air mata Zack masih tidak berhenti.

“Zura,
abang minta maaf jika abang ada buat salah dan silap pada Zura,” kata
Zack dengan tersedu-sedu. “Abang sangkakan hubungan kita akan berakhir
sebagai suami isteri, tapi takdir menentukan segala-galanya. Abang tak
boleh melawan takdir sayang,” sambung Zack. “Abang pernah berjanji untuk
menyayangi Zura hingga ke akhir hayat abang, dan abang akan tepati
janji abang itu, walaupun Zura tiada lagi di sisi abang. Bagi abang,
Zuralah kekasih abang yang pertama dan yang terakhir.”

Linangan
air mata dan sedu Zack makin bertambah. Tangannya menggenggam kuat
tanah kubur Azura. “Abang berjanji, abang akan tetap sayangkan Zura dan
abang takkan lupakan Zura hingga ke akhir hayat abang,” kata Zack sambil
berdiri. Perlahan-lahan Zack mengatur langkah longlai meninggalkan
tanah perkuburan dalam hujan yang makin mencurah-curah. Masa
sekarang.....

---------------------------------------------------------------------------------------------

Kicauan
burung menghentikan lamunannya. Haripun sudah menjelang tengahari.
“Zura, abang balik dulu Zura. Jauh lagi perjalanan abang ke Kuala
Lumpur. Motor kitapun abang masih guna lagi. Masih boleh bawa abang
berjumpa Zura hari ini. Macam manapun, abang tetap sayangkan Zura hingga
ke hembusan nafas abang yang terakhir. Zura ingat tu ye sayang.” Kata
Zack dengan lembut. Tangannya menabur bunga-bunga yang dipotong rapi ke
atas kubur Azura. Setelah itu Zack bangun sambil mengemaskan
barang-barang dan menuju ke arah motornya. Walaupun sudah sepuluh tahun
berlalu, motorsikal pemberian arwah ayah Zack masih kukuh lagi.

Perlahan-lahan Zack menunggang motornya meninggalkan pusara kekasih
tercintanya.

Ketika
Zack keluar dari simpang tanah perkuburan, tiba-tiba sebuah kereta
dengan laju keluar dari selekoh dan terus merempuh Zack tanpa sempat
mengelak. Zack tercampak jauh. Darah memercik membasahi motor Zack.
Tubuh Zack terbaring di atas jalan raya. Matanya memandang ke arah
langit sambil mulutnya terkumat-kamit mengucap dua kalimah syahadah.
Pandangannya mulai kabur, kemudian kelam, kelam dan terus gelap. Nafas
Zack berombak deras, kemudian perlahan dan perlahan. Apa yang kelihatan
di anak matanya hanyalah raut wajah ayu Azura ketika dia mencium dahi
Azura sepuluh tahun yang lepas.

zwani.com myspace graphic comments
Twitter Background

Setelah
ambulan tiba, Zack disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, tidak
jauh dari kubur Azura. Akhirnya Zack dapat mengotakan janjinya iaitu
untuk menyayangi kekasihnya, Azura, hingga ke hembusan nafasnya yang
terakhir.

Read more: http://scripters.ning.com/forum/topics/hingga-ke-hembusan-nafas-yg#ixzz105ZndW1c

No comments:

Post a Comment