Monday, October 18, 2010

Air yang termulia di dunia

Sesiapa yang masih belum artikel ini sila baca dan renungkan bersama, Subhanallah sesungguhnya Allah itu Maha Agung...


Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dgn keizinanNYA air penawar blh menyembuhkan penyakit, baca dan hayatilah petikan dibawah:
Pada 10/10/02 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau.

Diantaranya :

Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.

Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).

Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi).
Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya)rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air
yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"

Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi),bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini". Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".

Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.

"Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab Pensyarah. Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang
telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).

Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau.... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.

Subhanallah..... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.

Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : "Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya".

Wassalam.


Read more: http://scripters.ning.com/forum/topic/show?id=2386880%3ATopic%3A200238&xgs=1&xg_source=msg_share_topic#ixzz12zgTlzu8

Monday, September 27, 2010

Pengangkutan Awam

aku cukup tak puas hati dengan perkhidmatan bas dari kemaman ke kuantan yang melalui kawasan rumah aku kat sungai karang,operator bas iaitu Bas SIHAT dan Bas MIRA menngunakan bas yang dah buruk, semput dan merbahaya untuk dinaiki. Bas pulak tu kurang, kalau nak tunggu bas alamatnya berjam-jam la.. aku da hantar email aduan ke SUK pahang namun hingga hari ini gagal mendapat balasan jawapan dari mereka.Agak-agaknya pada sape aku nak mengadu lagi?

Sunday, September 19, 2010

liverpool vs manchester united

 LIVERPOOL 2-3 MANCHESTER UNITED
Liverpool kalah lagi..
nampaknya pengganti rafa banitez iaitu roy hogson masih gagal membentuk pasukan liverpool yang digeruni
hasilnya mereka kalah lagi kepada man u,
aku hari nie menghabiskan masa dan rm4.50 untuk menonton perlawanan yang bodoh ini kat kedai mamak..
huh. hampeh rasanya..
apapun sebagai penyokong setia aku tetap akan menyokong pasukan ini walaupun tahun depan liverpool bermain untuk liga championship hehe
YNWA








Saturday, September 18, 2010

renungkanlah

Semalam sewaktu saya dalam perjalanan pulang, dalam kereta, saya dengar satu cerita yang sungguh dahsyat. cerita ini diceritakan oleh seorang ahli bomba dari utara semenanjung. ini cerita benar sekali.....

Satu hari beliau dan rakan-rakan telah menerima satu panggilan palsu berkenaan satu kemalangan yang telah berlaku di lebuhraya utara selatan. oleh kerana untuk mengesahkannya maka beliau dan rakan2 telah ketempat yang dikatakan oleh pemanggil. tetapi tiada apa yang terjadi disana.

Dalam perjalanan pulang, waktu itu pukul satu pagi, hujan turun renyai-renyai. di satu persimpangan susur keluar lebuhraya, mereka ternampak sebuah mpv mewah yang terbalik dan remuk sekali kerana melanggar divider yang tajam.

Mereka segera turun dan melihat kemalangan itu dengan niat ingin menolong kiranya ada yang terselamat. tapi apa yang mereka saksikan sungguh dahsyat dan menyayat hati.

Sesuatu yang tidak tergambarkan dahsyatnya. mereka jadi terkedu, tergamam, tiada sepatah perkataan pun yang dapat menggambarkan betapa dahsyatnya kejadian itu, semoga Allah melindungi kita semua dari kejadian yang seumpama ini.

Pemandu mpv mewah itu telahpun mati terkulai dikerusi pemandu kerana kecederaan parah dikepala. mpv tersebut begitu remuk sehingga bumbungnya menghimpit kesemua pemandu dan penumpang di dalamnya.

Di bahagian belakang mpv mewah tersebut terdapat tiga susuk tubuh manusia. seorang wanita dalam empat puluhan dan dua lelaki dalam duapuluhan. tidak terdapat seurat benang pun pada tubuh mereka. bogel-sebogelnya. wanita dan salah seorang lelaki itu dalam keadaan berpelukan kepala mereka pecah, darah menyembur di merata tempat, tulang rusuk mereka hancur dan tikam menikam antara satu sama lain. dahsyat sekali. tulang punggung wanita itu pula hancur.

lebih dahsyat lagi dengan jelasnya mereka lihat zakar lelaki itu masih didalam kemaluan wanita itu. langsung mereka tidak dapat dipisahkan. lelaki yang seorang lagi sedang dalam nazak dengan kecederaan parah di kepala. dan! sayup-sayup kedengan suaranya memanggil.. mummy....mummy. ...mummy. .....tangan pemuda yang melekat pada perempuan itu masih memegang zakar lelaki yang nazak itu.

Ahli bomba itu terjelepuk. tidak pernah dalam hidupnya terbayang akan boleh terjumpa keadaan seperti ini. dengan semangat dari kawan-kawan, beliau segera bangun dan mengambil gergaji besi untuk memotong kenderaan yang remuk itu. mereka mesti melakukanya secepat mungkin, sebelum kejadian yang memalukan itu dilihat oleh orang ramai.

Dalam kegelapan malam itu mereka mertungkus lumus membuat apa yang patut. dalam kesibukan bekerja tiba tiba bulu roma ahli bomba itu meremang naik, badan nya menjadi seram sejuk dan dada berdebar kencang. sambil bekerja, dengan jelas dari sudut mata beliau kelibat satu makhluk hitam yang sungguh besar memegang pedang, dengan muka yang sungguh bengis dan berang, nafasnya mendengus radang, mundar mandir dan mengelilingi kawasan kemalangan dengan gaya orang yang tersangat marah. dalam hati ahli bomba itu berkata ' Ya Allah, besarnya kekuasaan mu, mungkin inilah dia malaikal maut yang dikatakan itu'

Mereka mengeluarkan mayat-mayat tersebut satu persatu kecuali mayat wanita dan lelaki yang tidak dapat dipisahkan itu. pada leher wanita tersebut terkalung tasbih yang memancar apabila terkena cahaya. ahli bomba itu melihat dengan jelas terdapat ukiran salib pada setiap butiran tasbih tersebut akibat pancaran cahaya bulan. Astaghfirullah hal azim!!, masyaAllah!! apakah yang telah terjadi???!

Selepas memeriksa dukumen pengenalan diri mayat2 tersebut, jelaslah bahawa wanita itu adalah ibu kepada kedua lelaki tersebut. agama yang tertera dalamnya ialah islam dan nama-nama mereka didahului dengan mohd dan nur.........

Beginilah akibatnya orang yang telah melampaui batas melepasi garisan yang telah di tetapkan oleh Allah. balasan Allah terlalu pantas sehingga kita tidak sedar ianya datang. Begitu juga orang yang menyebarkan dosa dan maksiat insan lain.

Apa yang akan terjadi jika orang lain terpengaruh dengan apa yang dilihat? mereka akan melakukan kemungkaran hasil pengaruh kita. selagi mereka melakukanya selagi itu kita mendapat bahagian dari kemungkarannya itu. apakah akan terjadi jika mereka melahirkan anak luar nikah? itulah tanggungan kita hinggalah keakhir hayat mereka dan cucu cicit mereka.

akan datang apabila kita telah berumur, janganlah kita tanya mengapa musibah terjadi kepada kita, mengapa anakku cacat? mengapa aku, anakku cucuku kena kanser? mengapa berlaku kemalangan yang dahsyat hingga mencacatkan aku, anakku dan ahli keluarga ku? mengapa aku di tipu?, mengapa aku, anakku, ahli keluargaku dirompak, dirogol, dicederakan, mengapa ahli keluargaku melakukan jenayah, dipenjara dan dihukum?

Sesungguhnya Allah itu maha adil. Dia akan membalas setiap apa yang kita lakukan secara sedar atau tidak. Bertaubat dan kembalilah kejalan yang diredai. Membuat dosa adalah fitrah manusia.Allah akan mengampunkan dosa kita kepadaNya walaupun sebesar mana sekalipun. Tetapi berbangga dengan dosa yang kita lakukan dan mempengaruhi manusia lain untuk sama membuat dosa adalah seburuk-buruk dosa dan hutang dosa ini bertambah selagi manusia yang kita pengaruhi itu membuatnya akibat kita.

renungkanlah. .......

Read more: http://scripters.ning.com/forum/topic/show?id=2386880%3ATopic%3A359079&xgs=1&xg_source=msg_share_topic#ixzz0zxG3Sgq0

Jodoh

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Renungkan sedalam-dalamnya..
Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh² bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." " 



"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."



Read more: http://scripters.ning.com/forum/topic/show?id=2386880%3ATopic%3A278563&xgs=1&xg_source=msg_share_topic#ixzz0zxDNl24S

makan ular sawa

Korang pernah makan ular sawa ke?
hahaha kalo korang nak tau macamana rasa ular sawa panggang korang boleh taye kat geng-geng sarawak ni,
kalo aku nampak ular da tentu aku lari,
kalo ular jumpa geng-geng apai nie,
ular lak yang lari..
hehehe..

ular sawa panggang



ular sawa yang telah berjaya ditangkap

1MALAYSIA?


APAKAH YANG ANDA FAHAM TENTANG 1MALAYSIA INI?
SEHINGGA KINI ADA BERMACAM-MACAM PEMAHAMAN  BERKENAAN KONSEP  NI,
APAPUN SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA KITA PERLU TAHU DAN AMIK TAHU TENTANG KONSEP 1 MALAYSIA NI..

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT  HARI RAYA KEPADA ORANG-ORANG KAMPUNG SUNGAI KARANG PANTAI



aerobatic show

Extract Swiss Air Force Helicopter Display, Avenches 2010 from Yannick Barthe on Vimeo.

Eurofighter Typhoon, Lockheed C-130, Alenia C27J Spartan, Airpower 2009 from Yannick Barthe on Vimeo.

top gun

F/A-18 Hornet, Epervier Payerne Switzerland 2010 from Yannick Barthe on Vimeo.



meh kita tgk kehebatan pilot f/a 18 nie

SALAM RAMADAN

7 Perkara Ganjil Yang Pernah Dialami oleh Seorang Penggali Kubur



Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat." Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.

Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.


Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."

Jawab ahli ibadah tersebut "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.

Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"

Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.

Setelah anda membaca kisah ini. Sampaikan atau hantarkan kepada sahabat dan rakan-rakan anda. Mudah-mudahan amalan baik yang sedikit ini diambil kira oleh Allah Taala di Akhirat kelak. Amin.


Read more: http://scripters.ning.com/forum/topics/7-perkara-ganjil-yang-pernah#ixzz0zsFnrMZ3

kenangan di sksk

Kenangan semasa bersekolah di sekolah kebangsaan sungai karang nie..
dulu masa tu nak pegi sekolah jalan kaki jer..
jauh tu adalah dalam 1.5km..
skang nak jalan 100meter sejauh tue pun dah tak sanggup..

gambar yang ada nie masa darjah 6 pintar..
kelas paling cerdik nie tau,
hahaha..
tapi sekolah nie masa tue ada 2 kelas jer..
aku rembat dari kawan FB aku..
maklumlah sekolah luar bandar..
tapi salah seorang student dalam gamabr ni da meningggal masa umur 18 tahun sebab xcident motor..
ktorang panggil dia achik..
kaki buat lawak dalam kelas..
alfatihah untuk arwah..

sekarang anak-anak sedara aku pula yang bersekolah kat sksk nie..
sekolah ni membangun sampai tak ada ruang da nak tambah bangunan..
student pon da ramai..
Hmm apapun sksk tetap dalam kenangan aku..
sekolah yang membentuk aku menjadi manusia berguna..


Ciri-ciri wanita soleha

Pada suatu hari Fatimah bertanya kepada Rasulullah siapakah wanita yg.pertama memasukki syurga.Jawab Rasulullah''Wanita itu ialah Mutiah.Fatimah terkejut ternyata bukan dirinya sebagai yg.dijangkakan.Mengapa bukan dirinya sedangkan dia merupakan puteri rasulullah.
Fatimah begitu teruja ingin mengetahui siapakah Mutiah dan apakah kehebatanya.Apakah yg.dilakukkan sehingga mendapat penghormatan yg.begitu tinggi.Fatimahmeminta izin kepada suaminya Ali bin Abi Thalib untuk berangkat mencari rumah Mutiah.Puteranya yg. masih kecil tidak berhenti menangis kerana ingin mengikutnya.Hasan puteranya itu dibawa bersama mengikut bondanya Fatimah.
Sampai sahaja di hadapan rumah Mutiah,Fatimah mengetuk pintu dan memberi salam.''Asalamualaikum ...!''.''Alaikumussalam !siapa diluar?'' suara penuh merdu,lemah lembut dan bersopan menjawabnya.''Saya Fatimah puteri Rasulullah''.''Alhamdulillah,alangkah bahagianya saya hari ini kerana Fatimah sudi menziarahi saya''.Jawab Mutiah penuh gembira.
Apabila Fatimah mula melangkah masuk ke pintu Mutiah bertanya lagi''Fatimah datang bersendirian sahaja?''."Aku di temani Hasan''Jawab Fatimah.''Aduh,maaf ya Fatimah saya belum mendapat keizinanuntuk menerima tetamu lelaki''terang Mutiah yg.agak keberatan."Hasan masih kecil''jelas Fatimah."Meskipun kecil Hasan tetap lelaki jadi bagaimana esok sahaja datang kembali,saya akan minta izin kepada suami saya''jelas Mutiah minta dimengertikan.
Esoknya Fatimah datang lagi tetapi membawa Hasan dan Husin.Mutiah tidak dapat menerima kedatangan Husain kerana dia hanya meminta keizinan dari suaminya hanya untuk Hasan sahaja.Fatimah gagal lagi namun begitu dia tetap mencuba untuk keesokkan harinya pula.
Keesokkan hari Fatimah mencuba lagi dan di sambut dengan baik oleh Mutiah.Rumah Mutiah sangat sederhana.Rumahnya bersih walaupun tiada perabot mewah menghiasi tetap sahaja nampak kemas dan cantik.Sehingga putera Fatimah iaitu Hasan dan Husain senang bermain sedangkan sebelum ini puteranya itu agak sukar menyesuaikan diri di rumah orang lain."Maaf ya Fatimah saya tidak dapat menemani Fatimah duduk kerana hari hampir tengahari saya harus ke dapur menyiapkan juadah makan tengahari untuk suami saya''terang Mutiah.Apabila siap Mutiah menghidangkan di atas meja makan dan di ikuti sebatang rotan yg. di letakkan behampiran hidangan makanan suaminya.Fatimah menjadi hairan lalu bertanya adakah suami Mutiah bekerja sebagai pengembala di ladang.''bukan,bercucuk tanam''jawab Mutiah.''Tetapi mengapa kau menyediakan rotan?''tanya Fatimah.
Sebenarnya rotan itu untuk merotan punggungnya jika hidangan yg.disediakan tidak menepati citarasa suaminya.Ini bermakna dia tidak boleh menyenangkan hati suaminya.''Adakah suamimu yg.menyuruhnya berbuat begitu?''tanya Fatimah.''Ohtidak,suami saya seorang yg.penyayang ,ini semua semata-mata kehendak saya agar saya tidak menjadi isteri yg.derhaka kepada suami.
Setelah mendengar penjelasan ini Fatimah pun minta izin pulang dahulu.Hatinya berkata ''Mutiah wajar menjadi penghuni pertama di syurga kerana keikhlasan,ketulusan dan pengorbanannya kepada suaminya''.



-Semoga dengan cerita ringkas ini kita bersama mendapat pengajaran yg.baik untuk menjadi yg.terbaik.-UNTUK SAYA DAN ANDA

CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN

CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil,
tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini
menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada
kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan
makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. &nbs! p; AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit
dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan
enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti
anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam
bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian,
mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka
yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara
perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat ! menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah
dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan
kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-
gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti
ais anda.

12. Apabi! la makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman
masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan
kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika
anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh me! mbakar kalori. Penambahan lada hitam
bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat
kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan
dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda
makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda
boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh
membuatk! an anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda
untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus
memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit
minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Keti! ka memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran
dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin
tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak
makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan
membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu
kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan
santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , y! ang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak.
Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan
keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan
dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan
dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang muda! h untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,
kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan
otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik
dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan
Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan
berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan
limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, ! air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam
jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin! , cuba petua berikut :
Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat.
Perahkan air Limau Nipis.
Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit

Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis! yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik


Read more: http://scripters.ning.com/forum/topic/show?id=2386880%3ATopic%3A327625&xgs=1&xg_source=msg_share_topic#ixzz0zs2JjtzE

FENOMENA KENA TINDIH...

Hanya untuk berkongsi maklumat... saya ada terbaca segmen pengalaman menyeramkan dalam 'Book and Readings', byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni... betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk halus seperti jin atau hantu.

Ramai antara kita yang menterjemahkan bahawa kena tindih seperti tak boleh menggerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada... nampak benda2 pelik (hantu, makhluk hitam dan sebagainya).

Kalau saya tanya, saya yakin mesti ramai jawab pernah kena. Saya pun secara jujur mengakui pernah ada pengalaman kena 'tindih' ni masa sekolah menengah dulu. Adalah dalam 3-4 kali jugak. Masa tu saya sedar... boleh bukak mata separuh. Saya tau saya sedar... tapi takleh gerak. Kengkadang geram gak sbb takleh gerak... pastu 5 minit barulah leh gerak. Saya dulu pun takut... mmg ingatkan kena hempap dah... lepas boleh gerak tu seram sejuk jer...

Tapi setelah saya dewasa dan banyak membaca pasal biologi tubuh badan manusia, barulah saya tau kebenaran dia. Ni saya nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih ni atau nama medicalnya 'sleep paralysis'.

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur' adalah condition yang terdiri daripada paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). Temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis).

Kebiasaannya, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM stage (rapid eye movement) .... waktu nyenyak ni, bijik mata kiter bergerak2. Otak akan bagi tau badan kita suruh rehat. So, badan kite kira macam switch off kejap... REM atonia (tader muscle tone).

Otak kiter pun ader switch off button dipanggil RAS - Reticular Activating System. Bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni. So tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas, etc.) jer yang on.... kirenyer screen saver laaa or hibernate.

So, bila kita bangun, RAS switched on balik... kita sedar fully awake state tapi kadang2, electrical signal tak di activate kan oleh otak untuk switch on balik badan kiter. Maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika sebelum otak nak activate balik.... mmg menakutkan tapi benar.

Tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full. Kadang2 partial atau sebahagian jer... tu ader yang boleh gerakkan ibu jari tapi badan lain lumpuh, etc. Dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali dengan hallucinations (halusinasi) samada dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak benda2 yang bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa macam ada sesuatu yang sentuh/hempap/tindih, dll.)

Antara sebab atau benda2 yang boleh men'trigger' sleep paralysis:

1. tidur dalam posisi terlentang terlalu lama

2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)

3. sleep/rest deprivation (tak cukup tido la tu... penat sgt)

4. stress yang byk kat otak... masalah keluarga, kewangan, bla2...

5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( selalu dok lepak rumah jer tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal...aktiviti extreme)

6. orang yang ader penyakit narcolepsy

So janganlah lagi percaya kononnya kena tindih ngan hantu hempap-hempap. Sebenornya korang lagi hantu!!!the,hi,hi

Read more: http://scripters.ning.com/forum/topic/show?id=2386880%3ATopic%3A104949&xgs=1&xg_source=msg_share_topic#ixzz0zs0rkTNo

PADERI JONES NK TERUSKAN GAK BAKAR AL-QURAN



Attorney general: Quran-burning plan 'idiotic, dangerous'
Florida pastor says protest is on; Petraeus warns it could endanger troops

MIAMI — The government turned up the pressure Tuesday on the head of a small Florida church who plans to burn copies of the Quran on Sept. 11, with Attorney General Eric Holder calling the idea "idiotic and dangerous."

Religious leaders who met with Holder for nearly an hour Tuesday to discuss recent attacks on Muslims and mosques around the United States said those were his words on the plan by the Rev. Terry Jones of Gainesville, Fla.

The meeting was closed to reporters, but a Justice Department official who was present confirmed that Holder said that the plan to burn copies of the Quran was idiotic.

Holder also told the group no one should have to live and pray in fear and that he planned to address the issue publicly soon, the meeting participants said. He also reiterated a commitment to aggressively prosecute hate crimes, they said.
The Justice official, who requested anonymity because the meeting was private, also said Holder was quoting Gen. David Petraeus, the top U.S. general in Afghanistan, when he used the word dangerous.

Petraeus warned Tuesday in an e-mail to The Associated Press that "images of the burning of a Quran would undoubtedly be used by extremists in Afghanistan — and around the world — to inflame public opinion and incite violence." It was a rare example of a military commander taking a position on a domestic political matter.

But Jones insisted he would go ahead with his plans, despite the criticism Petraeus, the White House and the State Department, as well as a host of religious leaders.Jones, known for posting signs proclaiming that Islam is the devil's religion, says the Constitution gives him the right to publicly set fire to the book that Muslims consider the word of God.

Jones said he is also concerned but is "wondering, 'When do we stop?'" He refused to cancel the protest set for Saturday at his Dove World Outreach Center, which espouses an anti-Islam philosophy.

"How much do we back down? How many times do we back down?" Jones told the AP. "Instead of us backing down, maybe it's to time to stand up. Maybe it's time to send a message to radical Islam that we will not tolerate their behavior."

Still, Jones said he will pray about his decision. Jones stood fast as Christian, Muslim and Jewish religious leaders denounced "misinformation and outright bigotry" against U.S. Muslims resulting from plans to build a Muslim community center and mosque not far from the site of the Sept. 11, 2001, hijacked plane attacks in New York by the Islamist militant group al Qaeda that killed 2,752 people.

Tensions rise
Tensions have risen with the approach of both the Sept. 11 anniversary and the Muslim eid al-Fitr festival that marks the close of the fasting month of Ramadan, which is expected to end around Friday.
Story: N.Y. imam: Mosque project won't be stopped

Religious leaders, including Washington Roman Catholic Archbishop emeritus Cardinal Theodore McCarrick and Dr. Michael Kinnamon of the National Council of Churches, released a statement saying they were "alarmed by the anti-Muslim frenzy" and "appalled by such disrespect for a sacred text."

"To attack any religion in the United States is to do violence to the religious freedom of all Americans," said the religious leaders, including Rabbi David Saperstein, head of the Union for Reform Judaism, and Rabbi Julie Schonfeld of the Association of Conservative Rabbis.
Video: Gen. Petraeus: Koran burning would endanger troops (on this page)

Holder told the group no one should have to live and pray in fear and that he planned to address the issue publicly soon, the meeting participants said. He also reiterated a commitment to aggressively prosecute hate crimes, they said.

The White House and State Department weighed in with statements making clear President Barack Obama's administration deplored the planned event.

"We think that these are provocative acts, they are disrespectful, they are intolerant, they are divisive," State Department spokesman P.J. Crowley said in Washington.

"We would like to see more Americans stand up and say this is inconsistent with our American values. In fact, these actions themselves are un-American," he added.Secretary of State Hillary Rodham Clinton added her disapproval at a dinner Tuesday evening in observance of Iftar, the breaking of the daily fast during the Muslim holy month of Ramadan.

"I am heartened by the clear, unequivocal condemnation of this disrespectful, disgraceful act that has come from American religious leaders of all faiths," Clinton said.

At the White House, spokesman Robert Gibbs echoed the concerns raised by Petraeus. "Any type of activity like that that puts our troops in harm's way would be a concern to this administration," Gibbs told reporters.

Dr. Ingrid Mattson, the Islamic Society of North America president, who helped organize Tuesday's statement by religious leaders, said ordinary U.S. Muslims were feeling increasingly worried and harassed as they went about their daily lives.

"I have heard many Muslim-Americans say that they have never felt this anxious or this insecure in America since directly after September 11," she said.

She urged Muslims abroad to "take a step back" and not use the "loud voices of some Christian extremists" in the United States as a justification for action against American Jews and Christians.

Quran-burning activities continue
A Facebook group has been set up called "International Burn A Koran Day" and is linked to from the church's website. As of Tuesday afternoon, it had 9,710 members.

A member of the church, Fran Ingram, told msnbc.com that they had a "stack of about 150" Qurans, which she said had been sent from across the world. "We are expecting to burn about 200 at least," she said.

"I think we should go ahead personally," Ingram added. "That's what I think. I stand with the pastors. We need to go ahead with it."

However, asked about how she would feel if the church decided to abandon the event, she told msnbc.com: "I would be in agreement ... not like a puppet on a string ... I believe in the word of God. We are hearing what God wants us to do."

She said "a few of the pastors" would burn the Qurans on a field outside the church, while she and other members of the congregation remained inside. "They are going to take the risk," Ingram said.

Jones, who runs the small, evangelical Christian church with an anti-Islam philosophy, says he has received more than 100 death threats and has started wearing a .40-caliber pistol strapped to his hip.

In New York City, Mayor Michael Bloomberg said the minister's plan to burn the Muslim holy book on Sept. 11 is "distasteful" but added the minister has a right to do it. "We can't say that we're going to apply the First Amendment to only those cases where we are in agreement," he said.

The Vatican newspaper on Tuesday published an article in which Catholic bishops, including Archbishop Lawrence John Saldanha of Lahore, Pakistan, criticized Jones' plan.

"No one burns the Quran," read the headline in Tuesday's L'Osservatore Romano.

Muslims consider the Quran to be the word of God and insist it be treated with the utmost respect, along with any printed material containing its verses or the name of Allah or the Prophet Muhammad. Any intentional damage or show of disrespect to the Quran is deeply offensive.

In Gainesville, a progressive north Florida town of 125,000 anchored by the sprawling University of Florida campus, the lanky preacher with the bushy white mustache is mostly seen as a fringe character who doesn't deserve the attention he's getting.
Image: Terry Jones
John Raoux / AP file
Rev. Terry Jones poses for a photo Aug. 30 at the Dove World Outreach Center in Gainesville, Fla.

Still, at least two dozen Christian churches, Jewish temples and Muslim organizations in Gainesville have mobilized to plan inclusive events — some will read from the Quran at their own weekend services — to counter what Jones is doing. A student group is organizing a protest across the street from the church Saturday.

The fire department has denied Jones a required burn permit for Sept. 11, but he has vowed to go ahead with his event. He said lawyers have told him his right to burn the Quran is protected by the First Amendment whether he's got permission from the city or not.

The Dove World Outreach Church describes itself as "New Testament, Charismatic, Non-Denominational."

The church's website says it seeks to "expose Islam" as a "violent and oppressive religion." It displays a sign reading "Islam is of the Devil."

Rev. Terry Jones poses for a photo Aug. 30 at the Dove World Outreach Center in Gainesville, Fla.


Read more: http://scripters.ning.com/forum/topics/paderi-jones-nk-teruskan-gak#ixzz0zrvId1sD

Mereka yang menyembunyikan Kebenaran




Isi Perbincangan:

1. Sikap buruk ulamak-ulamak Yahudi dan Nasrani yang menyembunyikan kebenaran.
2. Larangan menyembunyikan ilmu.
3. Hukum mengambil upah dan gaji dari mengajar ilmu-ilmu agama.


Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah: 159-160)

Sebab turun ayat
Ayat ini diturunkan disebabkan sikap ahlul kitab yang menyembunyi kebenaran yang terdapat di dalam kitab-kitab mereka. Ketika mereka ditanya mengenai kedatangan Nabi Muhamad s.a.w., mereka tidak mahu menyebutkannya, padahal di dalam kitab-kitab mereka dengan jelas ada menyatakan mengenainya. Ini adalah disebabkan rasa dengki dan benci.

Ibnu Abbas menyatakan bahawasanya Muaz bin Jabal bersama beberapa sahabat bertanya kepada sekelompok pendeta Yahudi tentang beberapa perkara yang terdapat di dalam Taurat. Pendeta ini tidak mahu menerangkannya kepada orang-orang yang bertanya.
Dengan perbuatan pendeta Yahudi ini, lalu Allah menurunkan:
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah..

Pengajaran dan Hukum
Orang-orang Yahudi dengan Tauratnya dan Nasrani dengan Injilnya, mereka ini memanglah bersikap tidak mahu menjelaskan isi sebenar kandungan kitab masing-masing. Terutamanya mengenai sifat-sifat dan identiti Nabi akhir zaman. Apabila ada orang bertanya, mereka akan menyembunyikannya.

Memang, di dalam kitab asal mereka samada Taurat mahupun Injil ada menyebutkan tentang kebangkitan nabi akhir zaman dan disertakan sekali sifat-sifatnya. Dan sifat-sifat itu ada selengkapnya pada Nabi kita Muhamad s.a.w. Mereka ini dengki dan takutkan pada bayang-bayang sendiri. Mereka pada hakikatnya tahu dan mengenal benar-benar bahawa Muhamad adalah nabi akhir zaman, tetapi mereka dengan angkuh dan sombong menafikan kebenaran ini. Ada sebahagiannya merasa kecewa kerana nabi akhir zaman bukan dari kalangan mereka.
Begitulah jahatnya pendita-pendita Yahudi dan Nasrani.

Tidak cukup setakat itu, mereka menyembunyikan juga beberapa syariat yang diturunkan kepada mereka. Antaranya ialah mereka menyembunyikan mengenai hukum rajam bagi penzina.
Kejahatan pendeta Yahudi dan Nasrani ini bertambah-tambah lagi dengan tidakan mereka mengubah perkataan-perkataan yang ada dalam kitab mereka serta menafsirkankanya berdasarkan hawa nafsu mereka.

Lalu Allah membuka pekong di dada mereka dengan menurunkan ayat di atas.
Jelaslah sekarang, Taurat dan Injil (Bible) yang ada sekarang ini bukanlah kitab yang asli. Ia adalah hasil ciptaan para pendeta mereka.

Mengapa mereka merubahnya?
1. Kerana sifat jahat dan dengki yang membara di dada mereka. Padahal mereka kenal siapa itu Muhamad melalui kitab-kitab yang asli.
2. Mereka merubahnya kerana mahu memenuhi selera dan nafsu.
3. Mereka merubahnya kerana isis ajaran agama itu tidak dapat berhadapan dengan kehendak dan perubahan zaman.

Pada hakikatnya, para penganut Yahudi dan Nasrani telah tertipu dengan kelicikan para pendeta mereka.

Kita sedih dengan perkembangan yang berlaku di mana sebahagian dari umat Islam Melayu yang terjebak dengan tipu daya para pendeta Kristian. Satu agama yang sudah tidak diterima oleh barat.

Ketika masyarakat barat berebut-rebut menjadi athies/mulhid kerana kebatilan-kebatilan yang ada dalam ajaran Kristian, samada dari sudut logik akal dan naluri kemanusiaan, sebahagian masyarakat di Asia ini boleh merelakan diri untuk ditipu dengan seribu satu macam khurafat dan kekarutan.

Masyarakat barat, tindakan mereka meninggalkan agama itu adalah tindakan yang bijak. Kerana akal manusia yang sejahtera tidak dapat menerima ajaran agama itu. Tetapi, amat disayangkan sekali kerana sebahagian mereka tidak memilih Islam sebagai pegangan.
Sebahagian dari kita di sini, tindakan mereka keluar dari Islam dengan memilih Kristian sebagai agama adalah satu tindakan bodoh. Kerana memilih agama yang penuh dengan bumbu-bumbu tipu daya dan khayalan sahaja.

Ayat di atas adalah ditujukan kepada pendeta Yahudi dan Nasrani yang bersifat menyembunyikan kebenaran yang ada di dalam kitab mereka. Apakah ayat ini hanya untuk mereka sahaja, tidak kepada umat Islam?

Ya, kita umat Islam juga termasuk di bawah larangan ayat ini. Oleh itu umat Islam dilarang dari menyembunyikan hukum-hakam syariah. Para ulamak Usul menyatakan, sekalipun ayat itu khusus diturunkan kepada pendeta Yahudi dan Nasrani tetapi keumuman pengajarannya ditujukan kepada semua.

Ia diperkuatkan lagi dengan sabda Rasulullah s.a.w.:
Barangsiapa yang ditanya mengenai suatu ilmu, lalu dia menyembunyikannya, maka dia akan dikekang pada hari kiamat dengan api. (HR Ibnu Majah dan al-Hakim)

Masalah menyembunyikan syariat Allah ini lebih diberi perhatian kepada para ulamak Islam. Kerana merekalah yang lebih mengetahui tentang syariat Allah. Merekalah yang dipertanggungjawabkan untuk menyebarkan dan mengajarkannya kepada kaum masing-masing, dengan lisan kaum itu.

Tanggungjawab yang dipikul oleh ulamak jika dilihat pada lahiriahnya, ada yang melihatnya sebagai satu tugas mudah. Mereka mengatakan, bukan susah jika hanya mengajarkan sembahyang, zakat, puasa dan Haji. Tambahan pula, golongan ulamak merupakan satu golongan yang dihormati oleh masyarakat setempat.

Jika ini anggapan sebahagian kita, ia adalah satu anggapan yang salah. Tugas dan tanggungjawab ulamak adalah berat. Beban ilmu yang diamanahkan kadangkala menuntut agar ia dipertaruhkan dengan nyawa. Kalau sekadara tekan ekonomi, mental dan siksaan adalah perkara yang lumrah.

Lihat sahaja sejarah, Imam Ahmad bin Hanbal pernah disiksa kerana enggan mengakui bahawa al-Quran adalah makhluk. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah yang dipenjarakan. Imam SyafiI pernah disoal-siasat oleh pemerintah kerana dituduh terbabit dengan gerakan Syiah. Abad ini, bagaimana Syeikh Muhamad Abduh terpaksa dibuang negeri, Hasan al-Banna yang syahid di muncung senjata api, Syeikh Abdullah Azam, Syeikh Ahmad Yasin yang telah dipenjarakan dan disiksa oleh rejim Yahudi laknatullah. Dan banyak lagi

Di Malaysia? Anda lebih arif lagi.

Tidak semua para ulamak yang tahan dengan ujian kerana tidak mahu menyembunyikan syariah. Ada juga yang gagal menempuh ujian ini. Ada yang tewas dengan ujian siksaan, dan yang lebih menggerunkan ialah dengan ujian kebendaan dan kedudukan yang amat mengelirukan.

Ketika Imam Ahmad bin Hanbal dan beberapa ulamak lain yang disiksa oleh pemerintah yang bermazhab Muktazilah, tidak semua yang berjaya mengharunginya. Mereka dipaksa supaya mengaku bahawa al-Quran itu adalah makhluk. Mereka disiksa. Imam Ahmad tidak sekadar disiksa, malah dimalukan dengan mengheretnya secara menghina sekeliling kota.

Semuanya itu adalah akibat tidak mahu menyembunyikan syariat Allah. Oleh itu, hormatilah ulamak. Berdampinglah dengan mereka. Kasihilah mereka. Di bahu mereka punya bebanan berat yang perlu dipikul untuk umat ini. Di dada mereka punya butiran permata berharga yang kadangkala memerlukan pengorbanan untuk dibahagi-bahagikan kepada manusia akhir zaman.
Memanglah wajar jika Allah mengangkat martabat ulamak dari yang lain-lain. Patutlah seandainya kutukan dan laknat kepada mereka yang memusuhi ulamak.
Ingatlah, darah ulamak adalah racun!


HUKUM MENERIMA UPAH/GAJI DARI MENGAJAR SYARIAH
Para ulamak dahulu mengharamkan pengambilan upah dari mengajar al-Quran dan ilmu agama. Pengharaman ini di dasarkan kepada firman Allah:
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah..

Ayat di atas memerintahkan agar ilmu itu disebarkan dan tidak boleh disembunyikan.
Namun para ulamak mutakhirin menghalalkan pengambilan upah terhadap pekerjaan mengajar syariat Allah.

Mengapa hukum ini berubah?

Kerana mereka melihat bahawa manusia sudah mula memandang ringan dan meremehkan pendidikan agama, serta mengabaikannya. Mereka sentiasa menyibukkan diri dengan urusan-urusan dunia serta hanyut dengan kemewahan. Kesibukan ini sudah tentu akan memalingkan mereka dari mempelajari Kitabullah dan ilmu-ilmu agama. Ini akan mengakibatkan pupusnya penghafal-penghafal al-Quran dan lenyapnya ilmu-ilmu agama dari dada orang Islam.

Dengan situasi begini, para ulamak mutakhirin memfatwakan Boleh mengambil upah/gaji dari pekerjaan mengajar al-Quran dan ilmu-ilmu agama. Malahan sebahagian dari mereka mengatakan bahawa mengambil upah/gaji dari mengajar agama adalah wajib bagi para pemelihara ilmu agama.

Jika di Malaysia, sekolah agama rakyat dan sekolah-sekolah agama lainnya dibangunkan adalah bertujuan untuk memelihara ilmu-ilmu syariat. Juga sebagai merealisasikan janji Allah yang akan memelihara al-Quran dari sebarang kerosakan, penyelewengan dan kepupusan.

FirmanNya:
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.

Masyarakat setempat berkewajipan sama-sama memelihara keutuhan dan keteguhan tempat-tempat pengajian ilmu agama dari runtuh dan lenyap. Dari sinilah akan lahir para ulamak yang akan menyambung perjuangan ulamak sebelumnya menyebarkan ilmu-ilmu agama. Mereka ini adalah pemelihara-pemelihara syariat Allah.

Berilah sokongan. Hulurkanlah tangan untuk dijadikan sebagai penongkat agar tempat-tempat pengajian ini tidak terus roboh. Dengan penjelasan di atas, dapatlah kita gambarkan betapa besarnya pahala dan ganjaran mereka yang memberi dana atau memberikan dokongan untuk menghidupkan terus pengajian syariat Allah. Sebagai upaya merealisasikan janji Allah yang mahukan al-Quran ini terus terpelihara.

Dapat kita lihat bahawa para ulamak dahulu memandang bahawa ilmu syariat itu wajib disebarkan, tidak boleh disembunyikan. Oleh itu mereka mengharamkan pengambilan upah terhadap usaha mengajar dan menyebarkannya. Manakala ulamak mutakhirin memandang penghafal al-Quran dan ilmu agama akan pupus dengan kecenderungan manusia mengejar dunia serta mengabaikan al-Quran dan ilmu agama. Untuk menutup agar perkara itu tidak berlaku, mereka memandang bahawa pengambilan upah/gaji atas usaha mengajar dan menyebarkan ilmu adalah dibenarkan. Ia berdasarkan sadduz zaraI dan kemaslahatan umum.


Kesimpulan:
1. Pendeta Yahudi dan Nasrani mempunyai sikap menyembunyikan kebenaran yang ada di dalam kitab-kitab mereka.
2. Umat Islam diharamkan menyembunyikan ilmu syariat.
3. Para ulamak diberikan satu tanggungjawab besar dalam menyebarkan ilmu syariat.
4. Ulamak mutakhirin memandang sebagai boleh mengambil upah/gaji dari usaha mengajar ilmu agama.

Wallahu alam

Rujukan
Al-Quran
Tafsir Ibnu Kathir Libni Kathir
Tafsir al-Qurthubi Lil Qurthubi
Tafsir Ayatil Ahkam Lishabun


Read more: http://scripters.ning.com/forum/topics/mereka-yang-menyembunyikan#ixzz0zrncUn5c

Fakta MINYAK yang perlu kamu tahu

Baru-baru ini dalam akhbar tempatan, kerajaan telah keluarkan satu statistik kononnya harga minyak di Malaysia adalah yang paling rendah di rantau ini. Kemudian mereka membandingkan harga minyak Malaysia dengan harga minyak di Thailand, Singapore, Filipina dan Vietnam.

Persoalan sekarang apakah asas perbandingan tersebut sedangkan negara negara tersebut bukan pengeluar minyak? Hujah seperti inilah yang digunakan oleh Barisan Nasional untuk memperbodohkan orang kampung (orang bandar pun ada yang turut diperbodohkan juga…)

Ok, di sini fakta yang semua orang kena tahu. Pertama sekali sila lihat perbandingan harga minyak Malaysia dan negara negara pengeluar minyak yang lain : -

Negara Harga minyak seliter (dalam RM)

Malaysia RM2.10 (ron97)
Iran RM0.34
Venezuela RM0.16
Turkemenistan RM0.39
Arab Saudi RM0.19
Mesir RM0.81
Brunei RM 1.10 (S0.50)

Dari data diatas, membuktikan propaganda kerajaan adalah palsu dan tidak benar.Kesemua negara pengeluar minyak diatas, harga minyak adalah dibawah RM1.10 seliter. Ada sesetengah alasan mengatakan keluaran minyak kita tak sebanyak Arab Saudi yang mengeluarkan sejuta tong sehari. Menurut kerajaan, pengeluaran minyak kita adalah dalam lingkungan 700 ribu tong sehari. Oleh itu kalau berdasarkan ratio pengeluaran minyak antara Arab Saudi dan Malaysia 1 juta : 700 ribu, sepatutnya harga minyak Malaysia dalam lingkungan RM0.30 sen sahaja. Kenapa Arab Saudi boleh kekalkan harga minyak pada 0.19 sen seliter tapi Malaysia pada 2.70 sen? Bukankah jauh bezanya? Bagaimana pula dengan Venezuella yang jumlah penduduk hampir sama dengan Malaysia boleh kekalkan harga minyak pada 0.16 sen seliter sahaja? Ini menunjukkan ada sesuatu yang tak kena dalam menguruskan hasil minyak dalam negara.

Ketika Dato Seri Anwar Ibrahim menjawat jawatan menteri kewangan Malaysia pada tahun 1991-1998, harga minyak dikekalkan pada 1.10 sen seliter. Bagaimana beliau boleh mengekalkan harga minyak selama lapan tahun sedangkan harga minyak dunia naik mendadak ketika perang teluk di Iraq? Pada masa yang sama juga pembangunan dan projek-projek banyak juga dijalankan dalam negara tanpa perlu naikkan harga minyak. Tapi pemimpin kerajaan beri alasan untuk naikan harga minyak supaya duit tersebut dapat tampung projek pembangunan. Masalah sekarang projek pembangunan untuk faedah siapa? Rakyat atau kroni? Berapa kerat orang yang dapat faedah dari koridor pembangunan di sana-sini?

Subsidi minyak yang ditanggung kerajaan mencapai 35 billion setahun. Barisan Nasional bersungguh-sungguh untuk mengurangkan subsidi minyak ini kerana kalau harga minyak tidak dinaikkan dengan segeranya ia akan mengganggu peruntukan kerajaan bagi membangunkan koridor-koridor di seluruh negara yang bernilai ratusan billion.

Yang orang asyik berhujah ialah harga minyak perlu dinaikkan kerana harga minyak dunia telah naik. Ada yang mengatakan ia masalah global. So yang kita kita fikir ialah kenapa nak risau tentang harga minyak dunia yang melambung naik kerana sepatutnya sebagai negara pengeluar minyak, Malaysia seharusnya gembira kerana bila harga minyak dunia naik, pendapatan petronas jadi berlipat ganda. So apa masalahnya? Walaupun Malaysia ada mengimport minyak dari luar untuk kegunaan tempatan, tapi bila dah net off dari pendapatan export, masih untung besar lagi.

Adakah negara akan bankrupt kalau turunkan harga minyak? Sudah tentu tidak. Sila lihat statistik di bawah :

Allocation untuk mega projek :
Koridor Utara : RM17.5 billion
Koridor Timur : RM112 billion
Wilayah Iskandar : RM47 billion
Koridor Sabah : RM105 billion
Koridor Sarawak : RM107 billion

Bila kerajaan membuat pelan untuk pembangunan projek di atas, sudah tentulah kerajaan mempunyai wang yang banyak. Jadi, jika kerajaan sanggup membelanjakan ratusan billion untuk projek pembangunan seperti di atas yang hanya boleh dimanafaatkan oleh segelintir rakyat sahaja, kenapa nak tampung subsidi 35 billion setahun pun tak mampu? Mana yang lebih penting? Mana yang perlu diutamakan? Kebajikan rakyat atau projek mega?

Bila menteri menteri beri komen tentang ekonomi, semuanya berkata yang bagus-bagus, tapi bila bercakap soal subsidi minyak, dah cakap lain pulak. So kalau Dato Najib kata turunkan harga minyak akan buat negara bankrup, bagaimana projek ratusan billion di atas? Tak bankrupkah negara dengan projek ratusan billion tersebut? Perlu diingat bahawa disamping pendapatan hasil petroleum, negara juga mempunyai hasil dari sumber lain seperti getah, sawit, taxation, balak dan lain-lain.Pendapatan tahunan negara kalau diambil kira harga minyak yang melambung naik bakal mencecah 200 billion setahun. Dari jumlah tersebut susah sangat ke nak sumbangkan 50 billion untuk beri subsidi pada rakyat?

Read more: http://scripters.ning.com/forum/topic/show?id=2386880%3ATopic%3A363846&xgs=1&xg_source=msg_share_topic#ixzz0zrmvdLpb
MENGIKUT ahli sejarah Islam, Kaabah dibina buat pertama kalinya oleh malaikat.
Allah memerintahkan malaikat membina Kaabah di tempat `buih' di mana bumi ini mula dijadikan.

Selepas itu Kaabah dibina atau dibaiki dari semasa ke semasa,membabitkan pelbagai peringkat. Antaranya:
· Binaan kedua: Nabi Adam;
· Binaan ketiga: Nabi Syith;
· Binaan keempat: Nabi Ibrahim;
· Binaan kelima: Kaum Amaliqah;
· Binaan keenam: Kaum Jurhum;
· Binaan ketujuh: Qusai bin Kilab (Abad keempat Masihi);
· Binaan kelapan: Abdul Mutalib;
· Binaan kesembilan: Kaum Quraisy (Tahun 605 Masihi ketika Rasulullah berusia 35 tahun);
· Binaan ke-10: Abdullah ibnu Zubair (Tahun 64 hijrah);
· Binaan ke-11: Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi (Tahun 74 hijrah/693 Masihi);
· Binaan ke-12: Sultan Murad Khan (Tahun 1040 hijrah/1630 masihi).

Binaan keempat iaitu oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail adalah peringkat paling penting dalam sejarah pembinaan Kaabah. Selepas Nabi Ibrahim meninggalkan isterinya Siti Hajar bersama Nabi Ismail di Makkah, baginda pulang ke Syam. Nabi Ibrahim selepas itu menjenguk anak dan isterinya sebanyak tiga kali.

Pada kali ketiga Nabi Ibrahim ke Makkah dengan membawa perintah Allah supaya mendirikan Kaabah dengan bantuan anaknya Ismail. Allah memerintahkan Nabi Ibrahim membina Kaabah di tempat asalnya iaitu di atas anak bukit kecil berhampiran perigi Zamzam. Di kawasan itu ada timbunan batu-batu yang kemerahan tanahnya.

Selepas Nabi Ismail bersetuju untuk membantu Nabi Ibrahim membangunkan Kaabah, maka Nabi Ibrahim bersama anaknya mula membina Kaabah, dengan berpandukan kepada tempat yang ditunjukkan Allah supaya Baitullah itu dibina.
Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, mula mendirikan Kaabah dengan bantuan Jibrail. Nabi Ibrahim menggali tanah untuk dibuat asas binaan hingga sampai ke tapak asal binaan Nabi Adam.

Menurut riwayat, batu yang digunakan untuk binaan itu didatangkan dari enam bukit iaitu Bukit Abi Qubais, Bukit Tursina, Bukit al-Qudus, Bukit Warifan (terletak antara Makkah dan Madinah), Bukit Ridwan (antara Madinah dan Yanbu') dan Bukit Uhud.

Ada dua riwayat yang mengatakan bahawa Allah meninggikan tapak Baitullah sebelum dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya supaya ia tidak terkena bala bencana taufan sewaktu taufan besar melanda.

Satu riwayat lagi mengatakan bahawa tapak Baitullah itu runtuh ketika taufan besar seperti runtuhnya binaan besar yang lain. Selepas peristiwa taufan besar, tidak ada orang lain yang mulakan pembinaannya semula, kecuali Nabi Ibrahim dan anaknya.

Dalam proses kedua-dua beranak itu membina Baitullah, Nabi Ibrahim menyusun naik batu sementara Nabi Ismail pula mengutip batu besar.

Hal ini seperti firman oleh Allah yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama anaknya Nabi Ismail meninggikan binaan (tapak) Baitullah (Kaabah) sambil kedua-duanya berdoa dengan berkata, wahai Tuhan kami! Terimalah, daripada kami amal kami sesungguhnya Engkau amat mendengar lagi Amat Mengetahui." (Surah al-Baqarah, ayat 127).

Apabila binaan sudah meninggi, Nabi Ismail menghulurkan batu besar yang cukup tinggi dan diambil oleh Nabi Ibrahim dan membina Baitullah hingga siap pembinaannya.

Dengan kehendak Allah, sebaik Nabi Ibrahim meletakkan kakinya di batu besar berkenaan maka terlekatlah tapak kaki Nabi Ibrahim, seperti dapat dilihat hingga hari ini dekat Baitullah.

Tapak kaki Nabi Ibrahim, yang kini dikenali sebagai Maqam Ibrahim, adalah suatu tanda kebesaran Allah.

Bahagian Kaabah yang dibina Nabi Ibrahim mempunyai dua penjuru iaitu penjuru Yamani dan penjuru Hajar al-Aswad. Kawasan Hijir Ismail melengkung tanpa penjuru seperti sekarang. Keadaan itu kerana Hijir Ismail menurut binaan Nabi Ibrahim termasuk dalam binaan Kaabah. Menurut sejarah, binaan seperti sekarang ini adalah binaan yang dibuat oleh Quraisy. Berikutan masalah kekurangan perbelanjaan, mereka mengeluarkan Hijir Ismail daripada Kaabah, iaitu Kaabah dikecilkan 6 1/4 hasta.

Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim tiada beratap, mempunyai dua pintu iaitu satu di sebelah matahari naik (seperti yang ada sekarang) dan satu lagi sebelah matahari jatuh. Kedua-dua pintu itu rapat ke tanah, dan tiada berdaun pintu. Sebuah perigi juga disediakan di sebelah kanan pintu yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang hadiah kepada Kaabah.

Read more: http://scripters.ning.com/forum/topics/sejarah-pembinaan-kaabah#ixzz0zrlomwIt

Friday, September 17, 2010

Kisah Raja dan Penasihatnya

Suatu hari, seorang raja yang hobinya berburu bersama penasihatnya yang bijak beserta para pengawalnya pergi ke hutan untuk berburu kijang. Namun pada saat berburu, terjadi sebuah kecelakaan. Ternyata sang penasihat secara tidak sengaja menembakkan anak panahnya ke arah sang raja sehingga jari kelingking raja tersebut terputus. Sang penasihat meminta maaf dan berkata, “Tuanku, inilah hal terbaik yang اللَّه berikan untuk Anda”. Seketika itu pula sang raja murka dan sang penasihat dipenjarakan. Sang penasihat pun berkata pada dirinya sendiri, “Inilah hal terbaik yang اللَّه berikan untuk saya”.

Setelah beberapa lama, sang raja berkeinginan untuk kembali pergi berburu, namun kali ini tanpa penasihatnya, hanya ditemani para pengawalnya. Tetapi sungguh malang raja ini, ketika berburu, mereka bertemu dengan segerombolan manusia kanibal. Raja dan pengikutnya ditangkap dan ditawan untuk dijadikan makanan. Satu per satu pengikut raja mati sebagai makanan manusia kanibal, raja semakin tegang kerana tinggal ia sendiri yang masih selamat. Setelah saatnya tiba, ternyata sang raja dibebaskan. Kerana ternyata manusia kanibal ini mempunyai kriteria untuk menjadikan manusia sebagai makanan, yakni manusia tersebut tidak boleh cacat. Betapa leganya ia karena tidak jadi mati.

Ia baru sedar, bahawa benarlah yang dikatakan oleh penasihatnya bahwa yang terjadi padanya adalah yang terbaik yang اللَّه berikan untuknya. Kemudian sang raja kembali menuju kerajaan dan menceritakan kejadian yang ia alami kepada sang penasihat. Raja berkata, “Sungguh, jikakalau tidak kelingkingku terkena panahmu, maka aku sudah menjadi santapan manusia kanibal itu”. Lantas sang penasihat pun berkata, “Sungguh, jikakalau tidak aku dipenjarakan olehmu dan aku ikut berburu bersamamu, maka aku sudah menjadi santapan manusia kanibal itu”. Kemudian keduanya tersenyum lebar.

Allah berfirman:
” Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(QS 2:216)


Read more: http://scripters.ning.com/forum/topics/kisah-raja-dan-penasihatnya#ixzz108zgbJmj

Mengapa WANITA sangat Istimewa...

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."

Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang...pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...

bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..

ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....banyak benda yg patut diselesaikan dulu... Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah...setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...renungkan lah

*** HINGGA KE HEMBUSAN NAFAS YG TERAKHIR ***

Di keheningan pagi raya, kelihatan seorang lelaki sedang membongkok
membersihkan sebuah kubur yang kelihatan agak lama. Walaupun kelihatan
agak usang, kubur tersebut bersih dan terjaga rapi. Tanpa menghiraukan
sesiapa, lelaki itu terus sibuk sambil tangannya yang kasar pantas
mencabut rumput-rumput liar yang tumbuh di sekitar kubur tersebut.

Setitik
demi setitik air mata suam kelihatan menitis mengalir turun menuruni
pipinya. Setelah selesai kubur tersebut dibersihkan, lelaki tersebut
duduk bersila sambil membaca Yasin dan doa dipanjatkan. Selesai membaca
Yasin, dicapainya bekas air berisi rendaman bunga mawar lalu dicurahkan
ke atas batu nisan sambil tangannya menyapu-nyapu bersih batu nisan
tersebut. “Zura, Selamat Hari Raya sayang. Abang datang lagi hari ni,
macam biasa. Abang masih lagi sayangkan Zura dan abang akan sayangkan
Zura hingga ke akhir hayat abang” lelaki tersebut tiba-tiba bersuara,
sayu. Lelaki tersebut menarik nafas panjang. Matanya yang berair itu
memandang ke arah batu nisan di kuburan itu dengan pandangan yang
kosong.

Fikiran beliau mengimbau ke suatu masa sepuluh tahun yang lepas.
zwani.com myspace graphic comments
Twitter Background
Sepuluh tahun lalu....

Tangan
Zack menggenggam erat tangan Azura bagaikan tidak akan dilepaskannya.
Keadaan Terminal Bas Putra yang penuh sesak dengan orang dan dalam
keadaan tolak- menolak itu bagaikan tidak dapat menguraikan pasangan
kekasih itu. Mata Zack merenung tajam ke mata Azura. “Abang, kenapa
pandang Zura macam tu?” Zack hanya tersenyum. “Abang rasa berat hati
untuk lepaskan Zura. Terasa macam abang tak akan dapat jumpa Zura lagi”
jawab Zack.

“Jangan cakap macam tu, Zura balik kampung sekejap aje. Hari raya ke-5, Zura
balik semula ke KL. Abang jangan risau la.”

Zack hanya tersenyum sahaja mendengar jawapan kekasihnya. Tangannya makin
erat menggenggam tangan Azura.

“Tapi, abang janji, jangan lupakan Zura tau.” Azura berkata pada Zack sambil
tersenyum.

“Abang
janji sayang.” jawab Zack sambil tangannya makin erat menggenggam
tangan Azura. Tiba-tiba kedengaran suara dari pembesar suara mengumumkan
ketibaan bas memasuki terminal. Zack segera memimpin tangan Azura
menuju ke bas yang berhenti di hadapan sekali sambil tangannya yang
sebelah lagi menjinjing beg pakaian Azura. Tertera pada tingkap bas
tersebut ‘No. 5 KL-KB’. Zack membaca pada tiket di tangannya. Memang sah
inilah bas yang perlu Azura naiki. Kaki Zack melangkah naik ke tangga
bas sambil memandu Azura menuju ke tempat duduk. Kelihatan seorang
perempuan tua sedang duduk bersebelahan dengan tempat duduk Azura. Zack
tersenyum lega.

“Nasib baik makcik ni yang duduk sebelah
awek aku, kalau lelaki, kenalah aku ikut Zura balik sekali,” bisik hati
Zack. Zack segera memberi salam pada perempuan tua tersebut.

“Makcik,
ni awek saya, Zura. Dia duduk sebelah makcik. Mintak makcik tolong
tengok- tengokkan dia ye” sapa Zack. Azura dengan segera menghulurkan
tangan pada makcik itu sambil memperkenalkan diri.

“Eloklah
tu nak. Sekurang-kurangnya ada juga teman makcik berbual. Sila duduk
nak,” jawab makcik tersebut sambil tersenyum. Setelah meletakkan beg
Azura, Zack segera turun dari bas sambil diekori oleh Azura dari
belakang. “Zura, bas dah nak bergerak. Abangpun tak boleh lama di sini.
Bila Zura sampai kampung nanti, kirim salam abang pada mak dan ayah
Zura. Jangan lupa pada adik Zura juga tau,” pesan Zack.

“Baiklah
abang. Abangpun sama tau, kirim salam sayang Zura pada mak dan ayah
abang,” jawab Azura kembali. Enjin bas tiba-tiba dihidupkan. Azura
memandang ke arah Zack. Dengan cepat Azura memegang dan terus mencium
tangan Zack. “Abang, Zura pergi dulu ye. Ingat pesan Zura tadi. Jangan
lupakan Zura ye. Zura sayangkan abang.” Kata Azura sambil tersenyum.
Zack hanya memandang ke arah Azura. Tangan Azura digengam erat.
Perlahan-lahan Zack melepaskan sebuah ciuman pada dahi Azura. Muka Azura
tiba-tiba menjadi merah. Azura tersipu-sipu malu. “ Zura, walau apapun
terjadi, abang tetap sayangkan Zura hingga ke akhir hayat abang. Zura
ingat kata-kata abang tu ye.” Azura hanya menganggukkan kepala sambil
linangan air mata bergenang di matanya. “Zura akan ingat abang sampai
bila-bila. Zura pergi dulu bang. Janji jangan lupakan Zura ye” jawab
Azura sambil menarik tangannya dari tangan Zack yang bagaikan tidak mahu
melepaskan tangan Azura dan terus melangkah masuk ke dalam perut bas.
Pintu bas ditutup sambil bas tersebut bergerak perlahan-lahan keluar
dari terminal sambil diperhatikan oleh Zack hingga hilang dari pandangan
mata. Zack berdiri tegak bagaikan mengelamun. “Kenapa hatiku bagaikan
ada sesuatu yang tak kena?” bisik hatinya sambil kakinya melangkah pergi
ke ruang letak motorsikal. Setelah mengenakan topi keledar, Zack terus
menunggang motorsikalnya keluar dari Terminal Bas Putra menuju ke rumah.
Keadaan ibukota malam itu bagaikan pesta dengan lampu berkilauan di kiri
kanan jalan.

Tapi hati Zack direnggut risau mengenang apa yang tak pasti.
zwani.com myspace graphic comments
Free Twitter Backgrounds
Di
rumah Zack, lampu pelita bergemerlapan menanti ketibaan Aidilfitri.
Zack pula berehat di luar rumah setelah penat membantu ibubapanya
menyiapkan persiapan hari raya. Kelihatan kanak-kanak bising sambil
bermain bunga api. Zack hanya memandang dengan pandangan kosong.
Keriuhan kanak-kanak langsung tidak menarik perhatiannya. Hatinya yang
tadi penuh kerisauan mula berdebar-debar bagai ada sesuatu yang akan
berlaku. Zack bangun dan terus masuk ke rumah menuju ke biliknya. Tanpa
berlengah, dia ke bilik air mengambil wuduk. Sejadah di bentangkan dan
Zack terus menunaikan solat sunat sebelum masuk tidur. Namun Zack tidak
boleh tidur.

Fikirannya melayang memikirkan Azura sahaja.
Walaupun matanya tak mahu pejam, dipaksakan juga hingga terlelap. Pagi
esoknya, Zack terbangun setelah azan Subuh berkemumandang. Setelah
menunaikan solat Subuh, Zack ke dapur membantu ibunya menyiapkan juadah
untuk hari raya. Setelah itu, dia bersama-sama ayahnya ke masjid
menunaikan solat sunat Aidilfitri. Di rumah, setelah menjamu selera dan
bermaaf- maafan, Zack termenung sambil merenung ke luar rumah melihat
kanak-kanak gembira berhari raya. Tiba-tiba telefon bimbit Zack
berbunyi. Zack mengambil telefonnya dan merenung ke arah telefonnya.

“Panggilan jauh. Dari Kelantan.” Bisik Zack. “Hello. Assalamualaikum” jawab
Zack.

“Waalaikumsalam.
Abang Zack ye?” balas pemanggil itu. “Ini adik Zura, Mira,” pemanggil
memperkenalkan diri dalam nada yang tersekat-sekat. “Abang Zack, Mira
minta maaf mengganggu, tapi Mira nak beritahu Abang Zack, yang kak Zura
dah tiada… … Bas kak Zura kemalangan malam tadi masa baru sampai ke Kota
Bharu.” Kata Mira dengan nada yang tersedu-sedu. “Insyaallah, petang
selepas asar ni nak dikebumikan” sambung Mira singkat. Zack hanya
tersentak. Pandangannya kabur dan terus gelap. Kakinya bagaikan tak
dapat lagi nak menampung berat badannya. Dengan cepat Zack duduk di
sofa. Nafas Zack tersekat-sekat dan dadanya berombak kuat. Air matanya
mula berlinang menitis membasahi pipi. Telefon bimbitnya terlepas dari
tangan. “Astaghfirullahalazim. Ya Allah Ya Tuhanku,” hanya itu sahaja
suara yang keluar dari bibir Zack. Melihatkan keadaan Zack, ibu Zack
menerpa ke arah anak sulungnya. “Mak, Zura dah tak de, mak. Zura dah
meninggal. Kemalangan bas pagi tadi” beritahu Zack dengan suara
yang
tersekat-sekat.

Ibu Zack hanya dapat menarik nafas sambil
terduduk di sebelah anaknya. Tiada suara yang keluar dari bibirnya,
hanya air mata bercucuran membasahi pipi tuanya.“Mak, ayah, Zack minta
izin untuk pergi ke Kelantan, hari ini juga.” pinta Zack pada
ibubapanya.
“Baiklah Zack, kau bawa kereta ayah,” jawab ayah Zack

“Tak pelah ayah, Zack pergi dengan motor Zack. Zack lebih selesa,” jawab
Zack.

“Baiklah Zack. Tapi hati-hati,” pesan ayah Zack.

Mendengar
keizinan yang di beri, Zack segera berlari menuju ke biliknya untuk
bersiap. Motornya sudah gagah tersedia menunggu untuk ditunggang.
Motorsikal Yamaha RD 350 YPVS pemberian ayahnya itu banyak mengimbau
kenangan antaranya dengan Azura. Dengan sekali tendangan sahaja, enjin
motorsikal Zack mengaum garang dan terus meluncur keluar melalui pintu
pagar rumah sambil di perhatikan oleh ibubapa Zack. Perjalanan jauh
tidak menjadi masalah pada Zack kerana sebagai ahli kelab motor, beliau
banyak kali melakukan konvoi ke lokasi-lokasi yang jauh. Motorsikalnya
juga diselenggara dengan baik membuat perjalanan berjalan lancar. Tepat
jam 5 petang, Zack tiba di rumah Azura. Deruman enjin motorsikal Zack
menarik perhatian orang ramai yang berada di rumah Azura. Melihatkan
Zack datang, Mira segera meminta ayahnya membawa Zack masuk. Zack terus
menerpa ke arah ayah Azura sambil mencium tangan ayah Azura. Dengan
linangan air mata, ayah Azura memeluk Zack. “Zura dah tak ada Zack,”
kata ayah Zura. “Mari tengok dia,” ajak ayah Azura.

Perlahan-lahan
Zack melangkah menuju ke atas rumah Azura. Dari pintu rumah, kelihatan
sekujur tubuh ditutupi kain batik sambil dikelilingi orang-orang sambil
membaca Yasin. Kelihatan ibu Azura berteleku di sisi tubuh Azura sambil
teresak-esak. “Maknya, ini Zack. Tolong bukakan tutup muka Zura tu.”
Kata ayah Azura. Ibu Azura memandang ke arah Zack sambil linangan air
matanya makin mencurah-curah keluar. Tangannya perlahan-lahan membuka
kain batik yang menutupi muka Azura. Zack menanti dengan hati yang
berdebar-debar.

Setelah kain batik di selak, terserlahlah
wajah Azura, kekasihnya yang amat dicintainya. Walaupun rohnya sudah
tiada, wajah Azura tetap ayu, tetap cantik. Tanpa dapat ditahan, air
mata Zack berlinang keluar membasahi pipi dan juga lantai. Zack
membacakan Al- Fatihah dan doa untuk kekasih tercintanya. Keadaan
menjadi sepi. Kesayuan mula terasa pada yang hadir. Mira hanya dapat
menutup mukanya dengan telapak tangannya sambil teresak-esak.

Jenazah
Azura di alihkan ke dalam pengusung. Zack memegang kayu pengusung yang
di hadapan sekali. Perlahan-lahan pengusung dimasukkan ke dalam van
jenazah. Setelah van jenazah meninggalkan rumah menuju ke tanah
perkuburan, hujan mulai turun. Setelah selesai upacara pengkebumian,
Zack meminta izin dari ayah Azura untuk bertafakur seketika. Tinggallah
Zack seorang diri melutut di sisi kubur Azura. Hujan lebat membasahi
bumi tidak di hiraukan. Linangan air mata Zack masih tidak berhenti.

“Zura,
abang minta maaf jika abang ada buat salah dan silap pada Zura,” kata
Zack dengan tersedu-sedu. “Abang sangkakan hubungan kita akan berakhir
sebagai suami isteri, tapi takdir menentukan segala-galanya. Abang tak
boleh melawan takdir sayang,” sambung Zack. “Abang pernah berjanji untuk
menyayangi Zura hingga ke akhir hayat abang, dan abang akan tepati
janji abang itu, walaupun Zura tiada lagi di sisi abang. Bagi abang,
Zuralah kekasih abang yang pertama dan yang terakhir.”

Linangan
air mata dan sedu Zack makin bertambah. Tangannya menggenggam kuat
tanah kubur Azura. “Abang berjanji, abang akan tetap sayangkan Zura dan
abang takkan lupakan Zura hingga ke akhir hayat abang,” kata Zack sambil
berdiri. Perlahan-lahan Zack mengatur langkah longlai meninggalkan
tanah perkuburan dalam hujan yang makin mencurah-curah. Masa
sekarang.....

---------------------------------------------------------------------------------------------

Kicauan
burung menghentikan lamunannya. Haripun sudah menjelang tengahari.
“Zura, abang balik dulu Zura. Jauh lagi perjalanan abang ke Kuala
Lumpur. Motor kitapun abang masih guna lagi. Masih boleh bawa abang
berjumpa Zura hari ini. Macam manapun, abang tetap sayangkan Zura hingga
ke hembusan nafas abang yang terakhir. Zura ingat tu ye sayang.” Kata
Zack dengan lembut. Tangannya menabur bunga-bunga yang dipotong rapi ke
atas kubur Azura. Setelah itu Zack bangun sambil mengemaskan
barang-barang dan menuju ke arah motornya. Walaupun sudah sepuluh tahun
berlalu, motorsikal pemberian arwah ayah Zack masih kukuh lagi.

Perlahan-lahan Zack menunggang motornya meninggalkan pusara kekasih
tercintanya.

Ketika
Zack keluar dari simpang tanah perkuburan, tiba-tiba sebuah kereta
dengan laju keluar dari selekoh dan terus merempuh Zack tanpa sempat
mengelak. Zack tercampak jauh. Darah memercik membasahi motor Zack.
Tubuh Zack terbaring di atas jalan raya. Matanya memandang ke arah
langit sambil mulutnya terkumat-kamit mengucap dua kalimah syahadah.
Pandangannya mulai kabur, kemudian kelam, kelam dan terus gelap. Nafas
Zack berombak deras, kemudian perlahan dan perlahan. Apa yang kelihatan
di anak matanya hanyalah raut wajah ayu Azura ketika dia mencium dahi
Azura sepuluh tahun yang lepas.

zwani.com myspace graphic comments
Twitter Background

Setelah
ambulan tiba, Zack disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, tidak
jauh dari kubur Azura. Akhirnya Zack dapat mengotakan janjinya iaitu
untuk menyayangi kekasihnya, Azura, hingga ke hembusan nafasnya yang
terakhir.

Read more: http://scripters.ning.com/forum/topics/hingga-ke-hembusan-nafas-yg#ixzz105ZndW1c